Azmin nafi dipecat PKR - Utusan Malaysia

Azmin nafi dipecat PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 12 Feb. – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menafikan khabar angin mengatakan parti itu telah memecatnya daripada jawatan yang disandang.

Sambil menegaskan berita tersebut adalah palsu, Azmin turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan penyebaran cerita yang tidak sahih.

“Ada pihak yang tidak bertanggungjawab (sebar berita palsu). Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, jangan kita mudah percaya dengan khabar angin begini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekarang dengan teknologi baharu (seperti) sosial media, terlalu mudah pihak tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan cerita-cerita palsu, bahaya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Amal Malaysia Airlines, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin yang tular dalam laman media sosial termasuk Facebook dan Twitter sejak semalam mendakwa beliau telah dipecat daripada PKR.

Walaupun tidak dapat dipastikan daripada mana berita itu muncul, namun warganet yang berkongsi khabar angin berkenaan dilihat mudah mempercayainya apatah lagi persaingan dalaman PKR sudah tidak menjadi rahsia umum. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×