Ramsey sertai Juventus - Utusan Malaysia

Ramsey sertai Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 12 Feb. – Pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey meninggalkan kelab itu selepas 11 musim bersama untuk menyertai Juventus.

Kelab Serie A itu mengesahkan telah menandatangani pemain berkenaan dengan kontrak selama empat tahun.

Ramsey, 28 tahun, akan menyertai Turin pada Julai sekali gus menjadi pemain dari Wales ketiga menyertai kelab Itali berkenaan selepas John Charles pada 1957 hingga 1962 dan Ian Rush.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata Ramsey dia berterima kasih kepada semua peminat Arsenal yang telah memberikan sokongan ke atasnya sebelum ini.

“Anda telah menerima saya sejak saya masih remaja lagi dan telah memberikan sokongan sehingga tahap saya begini.

“Agak berat hati ini untuk saya meninggalkan London terutama selepas mengharungi 11 musim hebat di sini,” kata Ramsey. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×