Malaysia Airports tuntut AirAsia tarik balik artikel - Utusan Malaysia

Malaysia Airports tuntut AirAsia tarik balik artikel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan anak syarikat milik penuhnya, Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd. (MASSB) atau secara kolektifnya Malaysia Airports telah mengeluarkan dan menyampaikan surat tuntutan kepada AirAsia Berhad serta AirAsia X Berhad untuk menarik balik berhubung penyiaran artikel yang tidak tepat dan mengelirukan.

Artikel-artikel berkenaan disiarkan melalui portal dalam talian milik syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Malaysia Airports dalam kenyataannya berkata, pihaknya menuntut AirAsia untuk memadam artikel-artikel tersebut dengan segera dari portal dalam talian dan berhenti daripada membuat sebarang kenyataan yang salah, tidak tepat dan mengelirukan tentang Malaysia Airports.

Sementara itu, Malaysia Airports yang tidak mempunyai masalah dengan AirAsia telah memaklumkan kepada pemegang sahamnya tentang kemajuan dan status tuntutan mahkamah mengikut peruntukan undang-undang.

Jelasnya, AirAsia bertindak melampaui batasan dengan menerbitkan kenyataan yang salah, tidak tepat dan mengelirukan melalui media bertujuan menjejaskan reputasi Malaysia Airports. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×