JEMPOL 11 Feb. – Seorang pemandu van rentung selepas kenderaan dinaikinya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Pasir Besar-Felda Palong 3 dekat sini pagi tadi.
Dalam kemalangan kira-kira pukul 8.30 pagi itu, pemandu van berbangsa Pakistan itu dikatakan membelok masuk secara tiba-tiba di persimpangan dekat Felda Palong 3.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Azmi Mansor berkata, pada masa sama, sebuah lori tiga tan dari Palong 4 tidak sempat mengelak lalu melanggar van berkenaan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Rempuhan itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terbakar dan pemandu van terperangkap dalam kenderaannya,” katanya. – UTUSAN ONLINE











