Cuti tanpa rekod doktor sertai misi kemanusiaan ke Gaza - Utusan Malaysia

Cuti tanpa rekod doktor sertai misi kemanusiaan ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR 10 Feb. – Kelonggaran khas iaitu cuti tanpa rekod selama dua minggu akan diberikan kepada doktor pakar di hospital kerajaan yang ingin menyertai misi kemanusiaan ke Ga­za, Palestin bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Bagaimanapun, jelas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, mereka yang memohon cuti tanpa rekod itu hanya diberikan sekiranya mengikuti misi bersama NGO yang diiktiraf dan berdaftar sahaja.

“Sememangnya terdapat polisi setiap doktor-doktor terutama­nya pakar bedah boleh mengambil cuti tanpa rekod bagi menjalankan misi, tetapi ia mestilah mengikuti misi bersama pertubuhan

Memuatkan artikel berkaitan…
DZULKEFLY AHMAD
DZULKEFLY AHMAD 

yang diiktiraf seperti Humani­tarian Care Malaysia (MyCare).

“Mereka boleh mengambil cu­ti tanpa rekod selama dua minggu untuk bersama-sama NGO menjalankan misi ini. Malah, kita sedia maklum bahawa keadaan di Gaza lebih 6,000 orang pesakit me­nunggu untuk mendapatkan rawatan pembedahan dan rawatan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pembe­rita selepas merasmikan Kempen Medical4Gaza di Econsave Alam Jaya, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare, Kamarul Zaman Shaharul Anwar; Pengarah Eksekutif Econsave, Lai Sia Ling dan Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash and Carry, Mas Imran Adam.

Dalam perkembangan bera­singan, Dzulkefly berkata, kementeriannya telah merekodkan seramai 25 individu menghidap penyakit Chikungunya di negeri ini sehingga 8 Februari lalu.

Jelasnya, hasil pemeriksaan sejak wabak itu diisytiharkan sejak 31 Januari lalu, 22 kes disahkan melalui ujian makmal sama ada ujian serologi atau PCR manakala tiga kes melalui pengesahan epid link (ujian mingguan).

“Antara tindakan kawalan dan pencegahan diambil untuk pemusnahan tempat pembiakan (PTP) aedes melibatkan 649 buah rumah selain sebanyak 1,740 rumah telah dibuat semburan kabus.

“Bagaimanapun, kesemua kes berada dalam keadaan stabil yang mana mereka mendapat rawatan pesakit luar dan tiada kemasukan pengesanan kes masih aktif dijalankan dalam kalangan penduduk setempat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×