Felda, PKNP kongsi satu mata - Utusan Malaysia

Felda, PKNP kongsi satu mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Felda United gagal meraih tiga mata penuh selepas terikat seri 1-1 dengan PKNP dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak, di sini hari ini.

Dalam aksi di laman sendiri itu, tuan rumah ketinggalan pada minit ke-35 selepas pasukan pelawat membuka tirai jaringan menerusi pemain import Ghana, Thomas Abbey.

Felda bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-68 menerusi jaringan Muhammad Hadin Azman dan keputusan 1-1 kekal hingga tamat permainan.

Keputusan itu menyaksikan Felda kini berada kedudukan kelima liga selepas mengumpul dua mata daripada dua perlawanan manakala PKNP berjaya keluar daripada zon penyingkiran dengan berada di kedudukan ke-10 dengan satu mata.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×