Bersatu Pulai mahu MB bersuara, pertahan maruah diri dan parti - Utusan Malaysia

Bersatu Pulai mahu MB bersuara, pertahan maruah diri dan parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 9 Feb. – Menteri Besar, Datuk Osman Sapian perlu bertanggungjawab untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan beliau memiliki ijazah palsu sekali gus perlu mempertahankan maruah diri dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketua Bersatu Bahagian Pulai, Ya’cob Atan menegaskan, tiada sebarang ijazah atau sijil kelayakan pendidikan tidak mengapa, namun perbuatan tidak jujur akan menyebabkan seseorang pemimpin itu tidak boleh dipercayai.

Sebagai contoh, katanya, jika seseorang sedang memandu dan ditahan polis serta diminta mengemukakan lesen yang tiada ketika itu, sudah pasti sebagai seorang yang rasional tidak akan bergaduh dengan polis dan memberitahu lesen ada tetapi tidak dibawa bersama-sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tapi kalau saya diacukan dakwaan bahawa saya ini tipu, tentunya perkara waras saya lakukan adalah itu tidak betul, ini sijil saya, ini lesen saya dan saya tidak berdiam diri kerana perlu pertahankan diri dan maruah, begitu juga dalam politik, perlu pertahan diri dan parti saya.

“Tiada sijil tidak mengapa, tiada ijazah tidak mengapa. Tidak hina kita tiada itu, tak hina kita tiada gelaran Datuk Seri. Yang hina itu adalah perbuatan curang dan tidak jujur yang menyebabkan diri kita tidak boleh dipercayai,” katanya ketika ditemui pada program Kempen Derma Darah di sini hari ini.

Beliau berkata, Bersatu Pulai menganggap dakwaan itu sebagai fitnah sekali gus Osman perlu membuat laporan polis atau mengambil tindakan perundangan dan bukan hanya sekadar berdiam diri tetapi perlu ada tanggungjawab untuk membersihkan namanya.

Ya’cob yang merupakan seorang peguam dan turut menawarkan khidmat percuma kepada Osman memberitahu, parti perlu menangani perkara tersebut secara bersama-sama dan melakukan perbincangan termasuk di peringkat pengurusan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini