50 peratus umat Islam di N. Sembilan tidak solat lima waktu - Utusan Malaysia

50 peratus umat Islam di N. Sembilan tidak solat lima waktu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 6 Feb. – Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, tidak sampai 50 peratus umat Islam di negeri ini menunaikan solat lima waktu.

Beliau berkata, situasi itu jika gagal ditangani dibimbangi akan melahirkan generasi yang tidak menghayati dan memahami ajaran sebenar agama Islam. 

Justeru, beliau berkata, peranan guru amat penting dan kejayaan mereka akan dinilai berdasarkan pelajar dan generasi yang berjaya dibentuk di sekolah. 

“Hasil kajian mendapati orang Islam di negeri ini tidak sampai 50 peratus yang solat lima waktu setiap hari. Kepada guru-guru adakah anak didik kita faham tentang solat lima waktu, bagaimanakah dengan solat mereka. 

“Adakah mereka faham kenapa wajib solat dan datang sembahyang Jumaat. Kenapa mereka masih buat bising, berlari-lari di masjid. Itukah kejayaan kita sebagai guru dan itu yang dipersoalkan.

“Ini adalah ancaman, datang ke masjid tapi tak faham (Islam). Adakah buat masjid cantik-cantik sudah cukup, sedangkan di negara lain masjid jadi pusat perkembangan Islam,” katanya ketika berucap merasmikan Kursus Profesionalisme Keguruan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Negeri Sembilan di Pusat Dakwah Islamiah di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Datuk Mohamed Husein. 

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, guru-guru SAR perlu terus komited dalam mendidik generasi muda walaupun berdepan kekurangan dari segi elaun dan kemudahan sekolah. 

“Yang paling penting ikhlas dalam menjalankan amanah. Kalau betul-betul ikhlas kita akan mampu membuat perubahan hebat,” ujarnya. 

Dalam majlis itu, Aminuddin turut mengumumkan kenaikan elaun sebanyak RM50 kepada 1,490 guru di 56 buah SAR di negeri ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×