Peneroka Felda maut kereta bertembung - Utusan Malaysia

Peneroka Felda maut kereta bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang peneroka Felda Chini 2, Pekan dekat sini, Mat Amin Abdullah, 78, maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 5 Jalan Pekan-Nenasi dekat sini pukul 11.55 pagi tadi.

Isterinya, Faridah Ali Hussein, 61, yang turut menaiki Perodua Kancil bersama mangsa semasa kejadian pula mengalami patah tangan kanan dan dirawat di Hospital Pekan dekat sini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, kejadian berlaku selepas kenderaan dipandu mangsa dirempuh secara tiba-tiba oleh sebuah kereta jenis Perodua Bezza dari arah bertentangan.

“Perodua Bezza tersebut dalam perjalanan dari Johor Bahru, Johor menuju arah Kuantan dan terbabas memasuki laluan bertentangan semasa di tempat kejadian.

“Akibat rempuhan itu, mangsa yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Sungai Miang, Pekan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Ujar Amran lagi, pemandu Perodua Bezza berkenaan, Wan Nurul Hanifah Wan Hibadullah, 27, serta suaminya, Muhammad Fadzil Hashim, 30, yang berasal dari Johor Bahru dilaporkan mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×