RMT : 'Mudahkan rakyat, bukan suruh mereka merayu' - Utusan Malaysia

RMT : ‘Mudahkan rakyat, bukan suruh mereka merayu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 4 Feb. – Sebelum ini, tular di media sosial mengenai rungutan sesetengah pihak apabila anak mereka tidak lagi mendapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Berikutan itu, Kementerian Pendidikan segera memberi respon dan menasihatkan mana-mana keluarga yang anak mereka tidak layak menerima RMT agar mengemukakan rayuan di sekolah masing-masing.

Persoalannya kini, mengapa perlu mengurangkan lagi jumlah penerima bantuan tersebut di kala ramai keluarga pada masa ini sedang dihimpit masalah kos sara hidup khususnya bagi mereka yang mempunyai anak ramai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malah seperti dimaklumkan oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusof, ramai ibu bapa merungut apabila mendapati anak mereka sudah tidak lagi menerima bantuan RMT.

Katanya, kerajaan Pakatan Harapan sepatutnya menambah baik sistem dan struktur bantuan tersebut, bukannya dengan mengambil tindakan mengurangkan jumlah penerima.

“Sepatutnya peruntukan untuk golongan memerlukan ini ditambah selain tidak menyukarkan proses penyalurannya. Di Kedah sendiri, ramai ibu bapa merungut apabila anak mereka sudah lagi tidak mendapat bantuan tersebut.

“Sejak akhir-akhir ini, saya lihat banyak bantuan untuk kepentingan rakyat dipotong sedikit demi sedikit dan perkara seperti ini tidak berlaku pada zaman kerajaan terdahulu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tambah Shahanim, tugas kerajaan adalah menjaga kebajikan rakyat dan bukannya menyusahkan lagi hidup mereka.

“Saya harap kerajaan mempertimbangkan untuk tidak menggugurkan mereka yang menerima RMT sebelum ini. Jangan sukarkan rakyat lagi termasuk meminta mereka melakukan rayuan.

“Jangan lah potong peruntukan untuk anak-anak ini,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×