JAKARTA 3 Feb. – Awan berbentuk seperti orang sedang solat mengejutkan masyarakat di wilayah Lingkar Selatan, Jempong, Nusa Tenggara Barat semalam.
Awan tersebut yang berbentuk seperti sedang duduk antara dua sujud telah dirakamkan oleh seorang wanita sebelum menjadi tular.
Suara dalam rakaman video berkata, macam orang sedang solat, sumpah macam orang solat.
Memuatkan artikel berkaitan…
Video itu dikongsikan dalam akaun instagram milik @instalombok_. – AGENSI











