MOSCOW 3 Feb. – Tujuh orang maut termasuk empat kanak-kanak dalam kemalangan sebuah bas yang terbalik di sini hari ini.
Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Wilayah Kaluga, bas tersebut membawa kanak-kanak dari Smolensk ke wilayah Kaluga.
“Kemalangan itu menyebabkan tujuh maut manakala 24 mangsa lagi telah dibawa ke hospital.
“Kebanyakan mereka dirawat di hospital juga terdiri daripada kanak-kanak,” jelas kenyataan itu.
Gambar yang diberikan polis tempatan menunjukkan bas berwarna biru itu terbalik dalam salji di tepi jalan raya. – AFP











