Lelaki melecur disimbah air panas oleh kakak angkat - Utusan Malaysia

Lelaki melecur disimbah air panas oleh kakak angkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Seorang lelaki melecur hampir 20 peratus selepas disimbah air panas oleh seorang wanita dipercayai kakak angkatnya di sebuah pangsapuri di Ayer Keroh di sini hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa yang berumur 26 tahun dikejarkan ke zon merah Hospital Melaka. 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek berusia 31 tahun itu. 

Katanya, susulan itu pihak polis turut menahan suspek di pangsapuri berkenaan selepas satu laporan dibuat mangsa kira-kira pukul 12 tengah hari. 

“Hasil maklumat awal, kedua-dua mereka telah bertengkar menyebabkan wanita itu menyimbah air panas ke badan mangsa.

“Lelaki itu kemudian dihantar ke hospital oleh rakannya yang kebetulan datang ke pangsapuri berkenaan untuk berjumpa dengannya,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×