HUBEI 3 Feb. – Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun mengalami detik cemas setelah terjatuh di landasan kereta api di Stesen Kereta Api Wuchang hari ini.
Menurut laporan Thepaper.cn, kanak-kanak tersebut terjatuh ketika bergambar sebagai kenangan oleh ibunya bagi cuti tahun baharu Cina.
“Kanak-kanak itu diminta berundur ke belakang bagaimanapun terjatuh ke ruang antara platform dan kereta api.
“Seorang pekerja di situ terus berlari dan turun ke ruang itu dan mengangkat mangsa yang dalam keadaan selamat,” jelas laporan itu.
Tambahnya, mangsa cuma sedikit terkejut dan atas tindakan pantas pekerja itu kereta api bertolak mengikut jadual tanpa sebarang kelewatan. – AGENSI










