Kemenangan Qatar disambut kebencian - Utusan Malaysia

Kemenangan Qatar disambut kebencian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABU DHABI 30 Jan. – Qatar menempah slot ke saingan akhir Piala Asia buat kali pertama selepas menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan keputusan 4-0 yang turut menyaksikan penyokong tuan rumah membaling kasut dan botol ke dalam padang selepas tamat perlawanan.

Penyokong UAE bertindak se­demikian ketika pemain Qatar meraikan kemenangan dan sewaktu mereka menjaringkan gol dalam aksi separuh akhir tersebut.

Bukan itu sahaja, kebencian penyokong tuan rumah terha­dap pasukan lawan turut dipa­merkan ketika lagu kebangsaan Qatar dimainkan yang menyaksikan mereka mengejek dengan kuat dan semua itu berlaku di­se­­babkan ketegangan hubungan antara dua negara berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurulatih Qatar, Felix San­chez berkata, dia kagum de-ngan kesabaran dipamerkan oleh pemainnya dalam perlawanan berkenaan terutama ketika berdepan tekanan daripada penyokong tuan rumah.

“Ia bukan satu situasi yang mudah. Pemain telah menjangkakan situasi berkenaan, malah, mereka juga sedar de-ngan tekanan melampau yang bakal dihadapi.

“Kesabaran mereka menghadapinya dan keupayaan mengawal emosi membuatkan saya kagum terhadap semua pemain Qatar,” kata Sanchez.

Dalam perlawanan tersebut, empat gol Qatar dijaringkan oleh Boualem Khoukhi (minit ke-22), Almoez Ali (minit ke-37), Hasan Khalid Al Haydos (minit ke-80) dan Hamid Ismail yang disempurnakan ketika masa kecederaan.

Qatar bakal menentang Je­pun dalam perlawanan akhir, Jumaat ini.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini