Azan nafi bertumbuk dengan Chean Chung - Utusan Malaysia

Azan nafi bertumbuk dengan Chean Chung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 30 Jan. – Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Azan Ismail yang dikatakan bergaduh dengan seorang lagi pemimpin parti itu sehingga tular di laman sosial hari ini tampil memberikan penjelasan.

Menurut Azan, sebenarnya kejadian sebagaimana didakwa itu tidak berlaku sama sekali malah ia adalah fitnah pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menimbulkan kebencian ramai terhadap beliau.

Jelasnya, kedai makan atau restoran yang dikatakan tempat berlaku kejadian itu pun tidak pernah wujud dan ia sebenarnya telah tersebar pada tahun 2013 lalu sewaktu beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar dan bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota, Pahang.

“Sebagai seorang wakil rakyat ketika itu, tidaklah sebodoh itu saya nak bertengkar dengan orang di khalayak, apatah lagi (bertengkar) dengan Lee Chean Chung (rakan baiknya dalam PKR).

“Malah nama restoran yang didakwa itu pun tak wujud sama sekali dan saya pun tak pernah bertengkar dengan sesiapa pun. Ini semua motif kitar semula yang dimainkan kumpulan yang suka membawa api perkauman. Saya harap orang ramai tak terpengaruh dengan fitnah ini,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Azan diminta mengulas `isu pergaduhan’ yang didakwa berlaku antara beliau dengan Chean Chung yang ketika itu merupakan ADUN Semambu, di sebuah restoran bernama Restoran Maya di Jalan Beserah antara pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi sedangkan dakwaan itu adalah fitnah semata.

Beliau menjelaskan, adalah tidak masuk akal apabila ada yang mendakwa kononnya beliau bergaduh dan bertumbuk dengan Chean Chung kerana kedua-duanya bukan setakat kawan baik malahan anak didiknya dalam parti.

“Meskipun dah lama dan memang tak pernah berlaku pun, masih ada orang menelefon saya semalam bertanyakan perkara itu,” katanya sambil mengesahkan beliau telah membuat laporan polis mengenainya pada tahun 2013 lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×