Suarez, penyelesaian terbaik Arsenal - Utusan Malaysia

Suarez, penyelesaian terbaik Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 30 Jan. – Pemain tengah Barcelona, Denis Suarez merupakan jalan penyelesaian terbaik buat Arsenal yang berdepan masalah kekurangan pemain sayap ketika ini.

Pengendali Arsenal, Unai Emery pada masa sama mengharapkan Ainsley Maitland-Niles akan kembali cergas sepenuhnya menjelang pertemuan menentang Manchester City.

Suarez akan menyertai Arsenal secara pinjaman hingga akhir musim ini selepas gagal mendapatkan tempat dalam skuad kendalian Ernesto Valverde.

Arsenal juga berdepan masalah kecederaan serius dengan beberapa pemain terpaksa diketepikan termasuk Maitland-Niles yang mengalami kecederaan lutut selain Hector Bellerin, Sokratis dan Laurent Koscielny.

Selepas menang 2-1 ke atas Cardiff City menerusi jaringan Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette, Emery memberitahu, pasukannya memerlukan pemain sayap.

“Suarez, saya tahu dia memiliki kualiti tetapi saya tidak tahu sama ada pemain berusia 25 tahun itu mampu menyesuaikan diri dengan permainan fizikal dalam Liga Perdana Inggeris.

“Ini adalah cabaran untuk dia bagi membantu kami,” katanya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×