Kertas Putih Pertahanan: Hanya makluman umum didedahkan - Utusan Malaysia

Kertas Putih Pertahanan: Hanya makluman umum didedahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang akan dibentang di Parlimen pada Julai ini akan menjadi dokumen pertahanan pertama di negara ini yang memperkenalkan konsep keterbukaan.

Namun begitu, jelas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, tidak semua maklumat mengenai pertahanan dan keselamatan negara perlu didedahkan walaupun dokumen tersebut dibangun untuk tujuan memberi makluman kepada rakyat tentang keutamaa dan rancangan Kementerian di masa hadapan.

“Tentulah ini maklumat umum tentang dasar-dasar pertahanan, takkan lah kita mahu dedahkan kita pakai peluru dua inci setengah, itu tidak, cuma kita kata kita ada peluru.

“Panglima Angkatan Tentera tentu lebih mengetahui yang mana perlu didedahkan dan yang mana akan disebut sebagai dasar-dadar pertahanan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Meja Bulat Peringkat Tertinggi Kertas Putih Pertahanan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong.

Turut hadir, Ketua Setiuasaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×