KBS hormati keputusan Kizierowski - Utusan Malaysia

KBS hormati keputusan Kizierowski

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 29 Jan. – Kementerian Belia dan Sukan menghormati keputusan bekas perenang Olimpik, Bartlomiej Kizierowski, yang menolak tawaran menjadi jurulatih skuad renang negara susulan tindakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melarang atlet Israel menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019.
Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya akan berbincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung perkara tersebut dan sedia mencari jurulatih yang lain.

“Kami hormat keputusannya kerana itu pilhan dia. Dalam bab ini saya dah berhubung dengan pihak MSN.

“Kita masih ada jurulatih lain yang akan mengambil alih (tugas itu) buat masa ini sambil kita mencari jurulatih baharu,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan MSN di sini, hari ini.

Terdahulu, Kizierowski yang juga bekas jurulatih skuad renang Sepanyol itu memuat naik satu kenyataan di laman Facebook miliknya, menyuarakan rasa tidak bersetuju dengan polisi Malaysia yang melarang kemasukan atlet Israel ke negara ini bagi menyertai kejohanan bagi mencari mata kelayakan ke Tokyo 2020.

“Antara alasan peribadi, saya menolaknya adalah kerana kenyataan terbaharu dibuat ahli politik Malaysia tidak membenarkan atlet Israel menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019.

“Tiada tempat dalam sukan untuk perkara sebegitu. Saya juga ingin berterima kasih kepada komuniti Malaysia yang menunjukkan kepercayaan dan memberi peluang kepada saya,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×