16 qari, qariah sertai tilawah al-Quran mulai malam ini - Utusan Malaysia

16 qari, qariah sertai tilawah al-Quran mulai malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 29 Jan. – Seramai 16 qari dan qariah dari setiap daerah di negeri ini menyertai Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu selama tiga hari bermula malam ini bertempat di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di sini.

Johan qari dan qariah Terengganu tahun lalu, Mohd. Zaky Ismail dan Nor Hidayah Abd. Rahman akan turut serta dalam tilawah kali ini.

Sempena tilawah itu, majlis menghafaz al-Quran turut dilangsungkan pagi tadi yang disertai seramai 26 huffaz.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian tilawah itu kira-kira pukul 8.45 malam ini.

Baginda Sultan Mizan juga berkenan berangkat bagi menyempurnakan majlis penutup tilawah tersebut Khamis ini.

Yang dijangka hadir, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar serta para pembesar dan kenamaan negeri Terengganu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×