Polis akan panggil penganjur program pemberian kupon percuma - Utusan Malaysia

Polis akan panggil penganjur program pemberian kupon percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penganjur program pemberian kupon makanan percuma di ICC Pudu, Jalan Kijang di sini semalam akan dipanggil bagi memberi keterangan pada pihak polis dalam masa terdekat.

Tindakan tersebut bagi membantu siasatan berhubung kematian dua wanita warga emas yang meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas sewaktu berhimpit bagi mendapatkan kupon berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai penganjuran program berkenaan oleh pihak penganjur.

“Kita akan panggil penganjur untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan manakala kedua-dua mayat mangsa sudah dituntut oleh waris.  

“Siasatan berhubung kejadian masih lagi diteruskan bagi mengenal pasti punca kematian kedua-dua mangsa yang setakat ini diklasifikasikan sebangai mati mengejut,” katanya pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini.

Menurut Mazlan, pihak polis kini sedang menunggu laporan bedah siasat kedua-dua mangsa bagi mengenalpasti punca kematian.

Kosmo! hari ini melaporkan tentang kematian dua wanita warga emas Law Ion Nang, 78 tahun dan Ah Poh, 85 tahun sewaktu sedang berasak-asak bagi mendapatkan kupon makanan yang diedarkan secara percuma di program amal berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira ppukul 12 tengah hari itu, kedua-dua mangsa dilaporkan berasak-asak bersama lebih 1,000 warga emas lain yang turut ingin mendapatkan kupon makanan bernilai RM200 itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×