Buruh dituduh seludup PATI - Utusan Malaysia

Buruh dituduh seludup PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 29 Jan. – Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) pada 17 Januari lalu.

Tertuduh Mohd. Syafiq Che Sekrey, 32, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan selesai dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Hakim, Nazri Ismail.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen negeri, Nor Kamilah Mohammad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan penyeludupan terhadap lapan orang migran lelaki warga Myanmar berusia antara 20 hingga 40 tahun pada pukul 7.30 pagi pada 17 Januari lalu.

Tertuduh itu didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan juga boleh dikenakan denda atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan 21 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×