Kerjasama UMNO, Pas tidak main sentimen kaum - Utusan Malaysia

Kerjasama UMNO, Pas tidak main sentimen kaum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 28 Jan. – Tiada perang saraf yang membabitkan unsur perkauman dimainkan oleh UMNO atau Pas se­perti didakwa sesetengah pihak.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebaliknya kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Came­ron Highlands ekoran kesedaran sebahagian besar orang Melayu, Bumiputera dan umat Islam.

“Saya yakin peningkatan sokongan kepada BN baru-baru ini adalah terjemahan masyarakat

Memuatkan artikel berkaitan…
MAHDZIR KHALID
MAHDZIR KHALID 

Melayu, Bumiputera dan umat Islam untuk terus mempertahankan hak mereka tanpa mengetepikan kepentingan masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

“Pihak yang prejudis dengan kebersamaan UMNO-Pas itulah barang kali beranggapan bahawa kerjasama ini adalah satu bentuk perang saraf,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam sebuah portal berita me­laporkan, pusat penyelidikan kerajaan Selangor, Institut Darul Ehsan (IDE) dipetik sebagai berkata, strategi perang saraf Pas dan UMNO yang memainkan sentimen Melayu diibaratkan sebagai suatu barah.

Dalam pada itu, Ahli Maj­lis Tertinggi UMNO, Datuk Suraya Yaacob berkata, Pakatan Harapan (PH) diingatkan agar menerima hakikat kekalahan mereka di Came­ron Highlands disebabkan ambang kebangkitan rakyat dan tidak mengambil ‘jalan mudah’ dengan menyalahkan UMNO serta Pas yang kononnya bermain sentimen agama dan perkauman.

Tambahnya, UMNO mahupun Pas tidak bermain perang saraf, sebaliknya rakyat sendiri yang semakin sedar bahawa mereka selama ini telah ditipu selain melihat sendiri pentadbiran negara yang kini kucar-kacir.

SURAYA YAACOB
SURAYA YAACOB 

Ketua Wanita UMNO Se­langor, Datuk Rosni Sohar pula berkata, kemenangan BN itu membuktikan kerjasama antara parti tersebut dengan Pas merupakan keputusan yang tepat dan berharap dapat terus menjalin kerjasama dengan Muslimat Pas bagi menghadapi PRK DUN Semenyih akan datang.

Beliau berkata, komitmen dan usaha yang sangat positif serta inklusif telah dilakukan oleh jentera Muslimat Pas sepanjang kempen PRK Cameron Highlands amat dihargai.

“Kerjasama dengan kefahaman dan matlamat yang ikhlas ini telah membuktikan masyarakat akan memilih parti mendahulukan kepentingan rakyat me­ngatasi kepentingan politik,” ujarnya.

“Matlamat penyatuan ummah yang dititik beratkan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan Pesuruhjaya Pas Selangor akan menjadi teras untuk dua parti orang Melayu itu membela nasib rakyat yang semakin hari semakin ditekan oleh langkah-langkah songsang Kerajaan Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Nor Hafizah Othman berkata, kerjasama antara BN dan Pas dalam PRK Cameron Highlands tidak terhad di peringkat tertinggi parti sahaja tetapi juga telah berjaya diterjemahkan di peringkat wanita dan muslimat, daripada kedua-dua parti.

“Saya berpuas hati dan bersyukur atas kerjasama ramai wanita dan muslimat dari kedua-dua parti, yang sama-sama turun padang berkempen sehingga calon BN menang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini