[VIDEO] PM hadiri Program Eksekutif Pengurusan Tertinggi BBP - Utusan Malaysia

[VIDEO] PM hadiri Program Eksekutif Pengurusan Tertinggi BBP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 28 Jan. – Tun Dr. Mahathir Mohamad menghadiri Program Eksekutif Pengurusan Tertinggi Badan Berkanun Persekutuan (BBP) di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya di sini, petang ini.

Perdana Menteri diiringi oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar.

Dr. Mahathir dijadual menyampaikan amanat dan mengadakan sesi dialog tertutup bersama pegawai-pegawai pengurusan tertinggi BBP.

DR. MAHATHIR MOHAMAD bergambar bersama pengurusan tertinggi Badan Berkanun Persekutuan sempena Progr
DR. MAHATHIR MOHAMAD bergambar bersama pengurusan tertinggi Badan Berkanun Persekutuan sempena Program Eksekutif Pengurusan Tertinggi Badan Berkanun Persekutuan di Putrajaya, hari ini. – UTUSAN ONLINE/ YULPISMAN ASLI

Terdahulu, Perdana Menteri yang tiba kira-kira pukul 4.05 petang bergambar bersama barisan pengurusan tertinggi BBP.

Beliau kemudiannya melawat pameran mengenai BBP dan menandatangani plak sempena program bertemakan “BBP wibawa pemacu Malaysia baharu.” – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×