DRN 2018-2025 dasar baharu pertama kerajaan bantu golongan B40 - Utusan Malaysia

DRN 2018-2025 dasar baharu pertama kerajaan bantu golongan B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan mewujudkan Dasar Perumahan Negara (DRN) 2018-2025 baharu pertama dalam memastikan penyediaan rumah kediaman yang mencukupi, berkualiti dan mampu milik bagi memenuhi keperluan golongan bawah (B40).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin berkata, DRN tersebut bertunjangkan kepada lima fokus, 16 strategi dan 57 pelan tindakan.

“Setakat ini kita telah melaksanakan sebanyak sembilan pelan tindakan dalam penyeliaan DRN 2018-2025 sejak ia dimulakan pada tahun lalu.

“Ia termasuklah satu sistem pengumpulan data yang sedang dirangka dengan memberikan suatu analisis bagi penyediaan dan perancangan perumahan yang lebih tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran DRN 2018-2025 dan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Rumah Transit Belia KPKT dan Rumah Mampu Milik di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini hari ini.

Terdahulu, Zuraida turut melancarkan buku DRN 2018-2025 yang bertemakan rumah berkualiti harapan rakyat dengan 144 halaman hari ini.

Pada 9 November tahun lalu, DRN 2018-2025 telah diluluskan oleh kabinet.

Sementara itu, Zuraida berkata, Dasar Perumahan Mampu Milik Negara merupakan salah satu sub di bawah kerangka DRN 2018-2025 yang menggariskan standard, spesifikasi utama serta panduan bagi pembangunan rumah mampu milik khususnya kepada golongan B40.

“Ia merangkumi kategori perumahan awam dan sosial yang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau pihak swasta.

“Melalui kerjasama itu diharapkan ia mampu menyediakan perumahan mampu milik awam dan sosial yang mencukupi, kondusif, selamat dan dilengkapi pelbagai kemudahan,” jelasnya.

“Kerajaan mensasarkan pembinaan 10,000 unit rumah transit khusus untuk membantu golongan muda dan golongan pertengahan (M40) terutamanya dibandar-bandar utama di negara ini.

“Kementerian telah menyahut saranan tersebut dengan merancang pelaksanaan Rumah Transit Belia KPKT dengan menyediakn perumahan transit sehingga mereka mampu membeli rumah sendiri,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×