60 bekas kakitangan Utusan Melayu Terengganu terima SIP - Utusan Malaysia

60 bekas kakitangan Utusan Melayu Terengganu terima SIP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 28 Jan. – Seramai 60 bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad cawangan Terengganu yang terlibat dalam Skim Pemisahan Sukarela (VSS) menerima faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berjumlah RM132,000, hari ini

Pengarah Perkeso negeri, Nora Yaacob berkata, kesemua mereka merupakan antara 77 pemohon yang kehilangan pekerjaan yang dilaporkan di negeri ini setakat 18 Januari lalu.

“SIP mula diperkenalkan pada 1 Januari 2018 dan sepanjang tahun lalu, kita telah membantu seramai 128 pekerja yang hilang pekerjaan untuk kembali bekerja semula.

“Pencarum SIP yang disahkan kehilangan pekerjaan dan memenuhi syarat kelayakan akan mendapat faedah seperti elaun mencari pekerjaan, elaun bekerja semula awal, elaun pendapatan berkurangan, elaun latihan dan yuran latihan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Faedah SIP di Dewan Redang Wisma Perkeso di sini.

Yang hadir sama, Timbalan Pengarah Perkeso negeri, Norihan Ibrahim; Ketua Zon Timur Cawangan Return To Work, Roszaila Ali dan Pengurus Kes SIP, Mohammed Syaddad Marop.

Dalam majlis sama, Nora turut menyampaikan sumbangan faedah pencen penakat kepada Siti Halimah Abu Bakar, 57, balu kepada kakitangan syarikat berkenaan, Rosalan Muda, 56, yang meninggal dunia akibat darah tinggi pada 23 November lalu.

Menurut Nora, Siti Halimah layak menerima skim pencen ilat sebanyak RM2,567.50 sebulan sepanjang hayat manakala seorang anaknya menerima bayaran sehingga berumur 21 tahun di samping faedah pengurusan jenazah sebanyak RM2,000. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×