FGV, Samyang Foods tandatangani MoU - Utusan Malaysia

FGV, Samyang Foods tandatangani MoU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Jan. – FGV Holdings Bhd. (FGV) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Samyang Foods Co., Ltd. (Samyang Foods) untuk mewujudkan kemudahan pengilangan ramen halal di Malaysia untuk pasaran tempatan dan global.&

HARIS FADZILAH HASSAN
HARIS FADZILAH HASSAN 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata, kerjasama itu sebahagian daripada hala tuju strategik FGV untuk mengembangkan perniagaan hiliran kumpulan dengan mempelbagaikan penawaran produk dan menembusi pasaran baharu. 


Katanya, Samyang Foods adalah jenama global yang dikenali dan ini merupakan prospek perniagaan hebat untuk FGV terokai dan memberi manfaat kepada Malaysia khususnya dengan meletakkan kedudukan negara ini sebagai Hab Halal bersepadu bagi pasaran global.


“Kami akan memanfaatkan kepakaran tempatan dalam industri halal termasuk pensijilan halal Malaysia yang diiktiraf di seluruh dunia.” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Produk Ramen Samyang Foods dikenali di pasaran Asia, Eropah, Oceania, Asia Barat, Amerika Utara dan Amerika Selatan serta telah berjaya menjual lebih 400 juta bungkusan produk pada 2017. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×