Chelsea mahu Hudson-Odoi kekal - Utusan Malaysia

Chelsea mahu Hudson-Odoi kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 28 Jan. – Gianfranco Zola menegaskan Chelsea mahu Callum Hudson-Odoi kekal di Stamford Bridge selepas pemain muda tersebut meledak gol untuk penampilan pertamanya bersama kelab tersebut.

Pemain belia kebangsaan England itu meledak gol di antara dua jaringan Willian menyaksikan juara bertahan Piala FA, Chelsea menang 3-0 ke atas kelab di divisyen kedua, Sheffield di laman sendiri pada pusingan keempat Rabu lalu.

Perlawanan tersebut berlangsung sejam selepas terdapat laporan mengatakan terdapat permintaan perpindahan dari Hudson-Odoi, dengan kelab gergasi Jerman, Bayern Munich dikaitkan untuk membawa masuk pemain sayap berusia 18 tahun itu.

“Saya tidak tahu. Saya tidak boleh cakap. Saya akan terus bekerja keras dan anda tidak akan tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang,” jawab Hudson-Odoi kepada BBC ketika ditanya berhubung khabar angin itu.

Penolong pengurus skuad Blues, Zola ketika dalam sidang akhbar selepas perlawanan tersebut memberitahu, Chelsea mahu pemain tersebut kekal di Stamford Bridge.

“Jika anda lihat Juventus, semua kelab besar, mereka tidak menurunkan pemain berusia 18 tahun untuk bermain seperti yang kami buat. Ia menunjukkan bahawa kami mempercayainya.

“Kami fikir dia mampu menjadi tonggak untuk kami, jadi kita tunggu dan lihat.

“Kami akan lakukan sedaya upaya. Berdasarkan pandangan kami, dia mempunyai banyak cabaran daripada pemain hebat di sekitarnya. Bagaimanapun kami tetap akan mencari ruang untuk dia bermain,” ujar Zola.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×