Geng Laptop Yas tumpas - Utusan Malaysia

Geng Laptop Yas tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI – Kegiatan licik Geng Laptop Yas yang menggunakan kereta mewah sebagai taktik bagi menjalankan kegiatan pecah masuk sekolah tumpas dalam serbuan yang dijalankan polis dilakukan di sebuah kediaman di Felda Sungai Mas, Bandar Penawar di sini, Jumaat lalu.

Serbuan pada pukul 2.30 pagi itu, tiga lelaki ahli sindiket warga tempatan berusia 20 hingga 32 tahun berjaya ditahan bersama peralatan pecah masuk dan barangan curi bernilai kira-kira RM100,000.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, kumpulan itu aktif sejak hampir setahun itu menggunakan kereta mewah curi jenis Mini Cooper dan menyasarkan sekolah di kawasan terpencil sekitar daerah ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi menubuhkan satu pasukan khas bersama dengan pasukan dari Balai Polis Bandar Penawar sejak tiga bulan lalu bagi membanteras dan menumpaskan kumpulan terbabit.

“Bertindak atas hasil risikan dan maklumat orang awam, polis berjaya menahan ketiga-tiga suspek dan merampas 23 barangan termasuk penukul besi, pemotong besi, topeng, sarung tangan, selain projektor, komputer riba dan mesin gerudi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, di sini hari ini.

Ahsmon berkata, hasil siasatan mendapati salah seorang daripada mereka adalah ketua kumpulan berusia 32 tahun memiliki rekod jenayah lampau bersabit lima kes berkaitan narkotik dan jenayah.

Jelasnya,  ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE.
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×