Tok Gajah perkenal pemain, lancar jersi - Utusan Malaysia

Tok Gajah perkenal pemain, lancar jersi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 27 Jan. – Pasukan Pahang hari ini memperkenalkan pemain pasukan Liga Malaysia 2019 dan melancarkan jersi baharu di Dewan Tun Razak, di sini.

Para penyokong memberikan sorakan bergemuruh apabila para pemain berjalan menuju ke pentas utama dengan mengenakan jersi baharu jenama Umbro tajaan Al-Ikhsan Sport.

Skuad Tok Gajah yang dikendalikan oleh Dollah Salleh masih mengekalkan barisan pemain tempatan musim lalu namun tampil dengan empat pemain import baharu.

Tiga pemain import baharu akan memperkuatkan jentera serangan iaitu, pemain dari Nigeria, Dickson Nwakaeme, Ze Love (Brazil) dan Saddil Ramdani (Indonesia) dan manakala Herold Goulun dari Perancis akan beraksi di posisi pertahanan.

Pahang ternyata bertuah apabila pemain kelahiran Gambia, Mohamadou Sumareh diberi kelayakan untuk didaftarkan sebagai pemain tempatan.

Program hari ini bermula seawal pukul 9 pagi dengan beberapa aktiviti sampingan termasuk bola sepak jalanan, timbang bola, permainan E-Sport dan Panna Ko. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×