PRK Cameron Highlands: PH ambil iktibar keputusan PRK, akan perbaiki kelemahan - Utusan Malaysia

PRK Cameron Highlands: PH ambil iktibar keputusan PRK, akan perbaiki kelemahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG JAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengambil iktibar daripada keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands untuk berkerja keras pada PRK akan datang.

Timbalan Presidennya, Lim Guan Eng berkata, PH akan mengambil ambil iktibar daripada PRK itu untuk memperbaiki mana-mana yang kurang dan juga membetulkan mana-mana yang lemah untuk menghadapi PRK seterusnya.

“Sudah tentu kita kecewa tidak menang semalam, (namun) kejayaan menambah undi popular dan kurangkan majoriti Barisan Nasional (BN) akan memberi galakan kepada kita untuk terus lawan dan mengambil iktibar daripada PRK ini bagi melihat bagaimana kita boleh perbaiki diri dan jentera kita pada masa depan,” katanya.

“Ini kerana ada tanda-tanda apabila kita terus berkerja, nyata sekali boleh dapat sokongan tambahan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bantuan Pelajar Miskin Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Kawasan Parlimen Bagan sini hari ini.

Keputusan PRK Cameron Highlands semalam menyaksikan BN mengekalkan pemilikan kerusi itu selepas calonnya Ramli Mohd. Nor memperoleh 12,038 undi berbanding calon PH M.Manogaran (8,800) manakala dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee masing-masing 314 dan 276 undi. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×