Masyarakat perlu progresif dan berdikari- Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Masyarakat perlu progresif dan berdikari- Raja Muda Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 27 Jan. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, masyarakat di negara ini perlu progresif, berdikari dan mengurus kehidupan mereka serta keluarga mengikut syarak selain tidak menggunakan pendekatan meminta-minta sebaliknya berusaha.

Titah baginda, bagi mereka yang telah berusaha namun masih tidak berjaya, sewajarnya menjadi tanggungjawab pemimpin dan kerajaan untuk membantu serta menyokong golongan ini sehingga mencapai kejayaan.

“Bagi yang berjaya, maka menjadi tanggungjawab mereka membantu, mendorong dan menyokong orang lain pula untuk turut berjaya,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Kongres Melayu Perlis 2019 di Dewan Kecemerlangan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di kampus induknya di Pauh Putra di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Penasihat Bersama Kongres tersebut, Datuk Prof. Emeritus. Ir Dr Kamarudin Hussin dan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan.

Program tersebut adalah anjuran Persatuan Kecemerlangan dan Pembangunan Perlis dengan kerjasama Unimap.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, dalam usaha mengurus sesebuah negeri dan negara, perlu ada semangat mengutamakan nilai inklusitiviti dan dalam masa sama memadam budaya 
eksklusiviti secara berhemah.

Titah baginda, kemakmuran dan kesejahteraan dapat dicapai jika semua pihak ikhlas berfikir, berbincang seterusnya membuat keputusan berasaskan pemikiran suci serta kaedah bertindak yang holistik. 

“Usaha ini tentunya didorong oleh rasa tanggungjawab untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat khususnya golongan yang masih terpinggir dalam aspek kehidupan,” titah baginda.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×