KLFA lunas tunggakan gaji pemain - Utusan Malaysia

KLFA lunas tunggakan gaji pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa memberi jaminan bahawa tunggakan gaji pemain selama dua bulan akan diselesaikan sebelum sepak mula Liga Super 2019 minggu depan.

Kes tunggakan gaji skuad Warga Kota timbul ekoran Kongres KLFA sehingga kini tergantung tidak bertali dan masih menunggu keputusan da­ripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PSM).

Bagaimanapun, Nokman memberitahu, cukai pendapatan tetap dibayar seperti biasa meskipun gaji pemain mengalami kelewatan sehingga sekarang.

“Kita akan selesaikan semua gaji yang tertunggak selama dua bulan minggu depan sebelum perlawanan pembukaan menentang Pahang.

“Pemain hanya berdepan tunggakan gaji manakala cukai pendapatan tetap dibayar oleh KLFA seperti biasa kerana perkara tersebut perlu dibuktikan kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

“Sebelum ini, KLFA telah membuat surat memaklumkan kepada MFL akan selesaikan segala tunggakan pertengahan Januari, namun kami akan membayarnya sebelum aksi pertama dan ia tidak memberikan sebarang masalah kepada kami,” katanya ketika ditemui di Stadium Kuala Lumpur, Cheras kelmarin.

Sementara itu, Nokman percaya masalah tersebut tidak akan berulang sekiranya jawatankuasa KLFA memberikan kerjasama seperti apa yang telah dilakukan sebelum ini.

“Ia bukan masalah berapa bulan tertunggak namun ia lebih kepada bagaimana kami bekerja.

“Kami perlu jawatankuasa bersama mencari dana dan berharap KLFA dapat mengulangi prestasi cemerlang seperti yang dilakukan tiga atau enam tahun lepas. Jika kami terus cemerlang, isu gaji tidak akan berlaku lagi selepas ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×