Kes SUV jatuh ke laut Isnin depan - Utusan Malaysia

Kes SUV jatuh ke laut Isnin depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 25 Jan. – Kertas siasatan kes kemalangan membabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX 5 dan Toyota Vios di atas Jambatan Pulau Pinang pada Ahad lalu dijangka siap Isnin depan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd. Hamid berkata, pihaknya kini hanya menunggu laporan kimia kandungan alkohol dan juga dadah pemandu Toyota Vios berkenaan untuk melengkapkan siasatan.

Ujarnya, sebaik sahaja selesai sepenuhnya, kertas siasatan kes itu akan diserahkan kepada pejabat pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini kita sudah me­ngambil keterangan daripada 16 individu termasuk pemandu Toyota Vios, ahli keluarga, rakan dan saksi yang melihat kejadian itu.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan maut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.55 pagi Ahad lalu, seorang penuntut kolej swasta, Moey Yun Peng, 21, maut apabila kereta SUV Mazda CX-5 yang dinaikinya terhumban ke laut selepas dilanggar Toyota Vios yang dipandu rakannya di Kilometer 4, Jambatan Pulau Pinang.

Mayatnya yang masih ber­ada di tempat duduk pemandu bagaimanapun hanya berjaya dinaikkan bersama kenderaannya itu selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×