Reman bekas pengurus kanan produk dilanjut - Utusan Malaysia

Reman bekas pengurus kanan produk dilanjut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 25 Jan. – Tempoh reman seorang bekas pengurus kanan produk di sebuah syarikat yang disyaki menerima suapan bernilai lebih RM2 juta dilanjutkan dua hari lagi bermula esok sehingga Ahad ini.

Majistret Ahmad Afiq Hassan membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan tempoh reman lelaki itu bagi siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Selasa lalu, suspek berumur 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.35 petang di Ibu pejabat SPRM di sini selepas hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek me­nerima suapan lebih RM2 juta daripada sebuah syarikat sebagai balasan bagi meluluskan nota kredit untuk tujuan rebat, insentif dan pengiklanan komponen komputer kepada penjual yang dikeluarkan kepada syarikat terbabit.

Sementara itu katanya, selain suspek, beberapa lagi individu sedang dikesan SPRM bagi membantu siasatan bagi kes yang sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×