Falsafah PH sudah terbalik - Utusan Malaysia

Falsafah PH sudah terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Jan. – Falsafah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang selama ini mendakwa berjuang untuk rakyat disifatkan sudah terbalik sebaik sahaja mula menerajui negara.

Hal ini kerana kerajaan yang jujur sewajarnya melakukan gerak kerja demi kepentingan rakyat, bukannya mengha­rap­kan belas kasihan seperti diperkatakan Menteri Tanah, Air dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar, Rabu lalu berhubung kenaikan tarif air.

Menurut Naib Ke­tu­a Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan, tindakan Xavier untuk menagih

DR. XAVIER JAYAKUMAR
DR. XAVIER JAYAKUMAR 

simpati tidak sepatutnya berlaku kerana tanggungjawab kerajaan adalah menyediakan keperluan yang terbaik untuk rakyat.

Shahril Sufian ma­lah membidas hujah dikemukakan iaitu me­ngaitkan subsidi air bagi memastikan harga rendah dengan penyusutan nilai ringgit.

“Selain meminta simpati rakyat, ada beberapa hujah beliau yang saya rasakan pelik dan tidak betul. Xavier mengatakan harga air tidak boleh rendah selama-lamanya kerana penyusutan nilai ringgit tetapi apa relevannya? Soal penurunan ringgit dengan kegunaan rakyat dalam negara tiada kena-mengena.

“Kalau nilai ringgit rendah sekali pun, bukannya kita perlu mengimport untuk keperluan asas rakyat. Kenyataan itu juga dilihat tidak sepadan de­ngan laungan mereka selama ini untuk berjuang demi rakyat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyata­an Xavier dalam sidang akhbar selepas me­lakukan

SHAHRIL SUFIAN HAMDAN
SHAHRIL SUFIAN HAMDAN 

lawatan kerja rasmi ke Loji Rawatan Kumba­han Serantau 2 di si­­ni Rabu lalu ba­­hawa rak­yat per­lu melihat­ ke­putusan me­naik­kan tarif air sebagai satu tanggungjawab dan mereka sewajarnya me­nun­jukkan rasa be­las kasihan­ kepada kerajaan.

Xavier berkata, ini kerana kos utiliti air yang terpaksa ditanggung kini adalah sangat tinggi dan semua itu menggunakan peruntukan kerajaan.

Kenyataan itu dibalas bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyifatkannya sebagai memalukan apatah lagi PH selama ini begitu dikenali dengan laungan atau slogan peduli rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×