Jodoh Lippi bersama China tamat - Utusan Malaysia

Jodoh Lippi bersama China tamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABU DHABI 25 Jan. – Juara Piala Dunia, Marcello Lippi mengesahkan kontraknya selama dua tahun sebagai jurulatih China telah tamat ekoran penyingkiran pasukannya di peringkat suku akhir Piala Asia kepada Iran.

MARCELLO LIPPI – AFP

Jurulatih dari Itali itu berkata dia tidak akan menandatangani kontrak lanjutan bagaimanapun terdapat cakap-cakap di China bahawa dia akan mempertimbangkan perkara tersebut jika pasukannya berjaya membawa pulang kejuaraan.

Begitu pun, kesilapan benteng pertahanan China telah menyebabkan Iran berjaya memperoleh tiga gol sekali gus gagal menghalang kemaraan pihak lawan yang dilihat beraksi dengan cukup bertenaga di Stadium Mohammed Bin Zayed.

“Perlawanan ini menamatkan kontrak saya bersama skuad kebangsaan China sekali gus mengakhiri perjalanan saya bersama China.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua. Satu penghargaan apabila dapat mengemudi skuad kebangsaan ini yang dilihat amat penting buat negara ini dan saya sudah melakukan yang terbaik untuk memperbaiki pasukan ini.

“Sudah pasti saya mahu menamatkan perjalanan pasukan dengan lebih baik namun anda tidak boleh melakukan kesilapan,” katanya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×