MONACO 25 Jan. – Monaco menggantung tugas Thierry Henry sebagai jurulatih selepas kelab tersebut dilihat bergelut dengan masalah prestasi dengan bekas penyerang Perancis
itu dijangka akan dipecat secepat mungkin.
“Henry digantung tugas sehingga keputusan muktamad dibuat,” kata Monaco dalam satu kenyataan dan turut menambah penolong jurulatih, Franck Passi akan mengambil alih
tugasnya.
Henry, digantung selepas kelabnya ketika ini berada di kedudukan kedua tercorot dalam Ligue 1 dengan 15 mata apabila bekas penyerang Arsenal itu hanya melakar dua kemenangan dalam aksi liga sejak mengambil alih pasukan pada Oktober lalu.
Jurulatih berusia 41 tahun itu menyertai juara Perancis 2017 itu selepas Leonardo Jardim dipecat bagaimanapun gagal memperbaiki persembahan buruk kelab itu pada awal musim ini.
Ironinya, Jardim dikatakan bakal mengambil alih tempat Henry. – AFP










