Milan berjaya ikat Piatek - Utusan Malaysia

Milan berjaya ikat Piatek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN – Penyerang Genoa, Krzysztof Piatek sah menyertai AC Milan dengan nilai perpindahan £31 juta (RM167.58 juta) selepas berjaya meledak 19 gol dalam 21 penampilan sebelum ini.

“AC Milan sangat gembira me
ngumumkan bahawa kami berjaya mendapatkan Piatek dari Genoa. Penyerang Poland itu akan berada di Milan sehingga 30 Jun 2023,” menurut kenya­taan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan Milan.

Pemain berusia 23 tahun itu dibeli Genoa daripada Cracovia Krakow dengan nilai £3.92 juta (RM21.17 juta) pada Julai lalu dan terus mencipta feno­mena di Milan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia berjaya meledak 13 gol dalam 19 aksi Serie A selain meledak enam gol hanya dalam dua perlawanan Piala Itali dan empat gol ketika aksi pramusim.

Piatek yang dijangka menerima pendapatan £1.74 juta (RM9.4 juta) setahun akan menyarung jersi No. 19 bersama Rossoneri biarpun jersi No. 9 tidak mempunyai pemilik selepas Gonzalo Higuain menyertai Chelsea.

Sebelum ini terdapat perbincangan mengenai ‘sumpahan’ jersi No. 9 di Milan apabila pemain yang menyarung jersi itu gagal mempamerkan aksi yang terbaik selepas kali ter­akhir nombor ber­kenaan digunakan oleh Filippo Inzaghi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×