BNM kekalkan OPR 3.25 peratus - Utusan Malaysia

BNM kekalkan OPR 3.25 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25 peratus dalam Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC).

BNM dalam kenyataannya berkata, penunjuk terkini bagi Malaysia menunjukkan perkembangan ekonomi yang mapan dan permintaan dalam negeri akan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan.

“Risiko kepada prospek pertumbuhan cenderung untuk meningkat terutama akibat ketegangan perdagangan yang terus meruncing dan juga kejutan berkaitan komoditi. Secara keseluruhan, ekonomi Malaysia dijangka terus berada pada landasan pertumbuhan yang stabil pada 2019,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah BNM, inflasi keseluruhan purata adalah satu peratus pada 2018 dan tahun ini purata inflasi dijangka mencatat peningkatan sederhana.

Jelas bank pusat itu, kesan dasar cukai penggunaan terhadap inflasi keseluruhan pada 2019 akan mulai luput menjelang akhir tahun, namun unjuran inflasi keseluruhan bergantung pada harga minyak global dan inflasi asas dijangka dapat dibendung dengan ketiadaan tekanan permintaan yang kukuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×