MAKASSAR 24 Jan.- Angka kematian akibat banjir kilat dan tanah runtuh di sini dilaporkan meningkat kepada 26 orang.
Lebih 3,000 mangsa dipindahkan ke tempat lebih selamat dan sekurang-kurangnya 46 lagi dirawat di hospital dan klinik berdekatan.
Hujan lebat berterusan dan angin kencang melanda selatan kepulauan Sulawesi, menjadikan paras air sungai meningkatkan sekaligus mengakibatkan banjir teruk di kawasan sekitar.
Dalam pada itu, 24 orang lagi dilaporkan masih hilang.
Sebahagian kawasan di ibu kota wilayah Makassar turut terjejas.-AFP










