LONDON 24 Jan. – Ketua jurulatih Tottenham, Mauricio Pochettino menggesa agar Liga Perdana Inggeris (EPL) menangguhkan pengenalan video bantuan pengadil (VAR) yang dilihat
melambatkan pengadil membuat keputusan selain menjengkelkan peminat yang berada di stadium.
VAR digunakan ketika Piala Dunia tahun lalu di Rusia dan digunakan secara meluas di liga utama Eropah dan akan digunakan di England pada musim depan selepas semua kelab
bersetuju dengan teknologi tersebut.
“Saya fikir menangguhkan sementara VAR adalah idea yang baik kerana jika kami tidak mempunyai semua maklumat yang diperlukan…lebih baik berhenti melakukannya.
“Apa yang menjadi kebimbangan kami adalah situasi sekarang di mana penyokong mula berasa jengkel. Jika anda memberhentikan perlawanan selama lima minit untuk membuat keputusan, saya tidak tahu bagaimana mereka akan bertindak,” kata jurulatih dari Argentina itu. – REUTERS










