NEW YORK 24 Jan.- Polis mengenalpasti identiti tiga individu yang dipercayai sedang merancang serangan terhadap komuniti Islam di sini.
Ketiga-tiga lelaki berkenaan, Brian Colaneri, 20, Andrew Crysel, 18, dan Vincent Vetromile, 19 diberkas selepas polis menemukan tiga bahan letupan berserta 23 senjata di kediaman mereka.
Kesemua mereka bakal dihadapkan ke mahkamah pada 5 Februari depan kerana memiliki bahan letupan.
Sementara itu, seorang lagi suspek berusia 16 tahun turut ditahan.
Kumpulan terbabit dikaitkan dengan rancangan serangan terhadap komuniti Islam yang dikenali sebagai Islamberg.
Dalam pada itu, komuniti yang diuruskan organisasi Muslim Amerika itu meluahkan rasa terima kasih mereka kepada pihak berkuasa atas usaha mematahkan rancangan serangan tersebut.-AGENSI










