Peluang BN kekalkan kerusi Cameron Highlands amat cerah - Tok Mat - Utusan Malaysia

Peluang BN kekalkan kerusi Cameron Highlands amat cerah – Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Peluang Barisan Nasional (BN) untuk meletakkan buat pertama kali seorang Ahli Parlimen Orang Asli di Dewan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands Sabtu ini begitu cerah berdasarkan sambutan hangat yang diterima daripada masyarakat di kawasan peranginan tanah tinggi itu.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kempen BN sepanjang 13 hari lepas berjalan lancar dengan sambutan orang ramai yang amat menggalakkan.

“Saya amat gembira pada ketika mengadakan ceramah di Sungai Koyan tempoh hari bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kedatangan orang begitu ramai sekali…ramai betul.

“Apa yang diharapkan jentera BN terus berkeyakinan tinggi untuk memastikan pengundi-pengundi keluar ke tempat-tempat pusat mengundi yang telah dikenalpasti.

“Alhamdulillah, peluang untuk BN mengekalkan kerusi Parlimen Cameron Highlands amat cerah sekali,” kata beliau melalui mesej aplikasi WhatsApp kepada  Utusan Malaysia hari ini.
-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×