ISKANDAR PUTERI 24 Jan. – Legoland Malaysia Resort memperkenalkan filem 4D baharu berjudul Lego City 4D Movie – Officer in Pursuit yang boleh ditonton bermula hari ini.
Pengurus Besarnya, Kurt Stocks berkata, filem itu merupakan tambahan kepada tiga filem lain sedia ada dan merupakan satu tarikan utama dalam taman tema itu.
“Kami komited untuk memperkenalkan tarikan baharu dari semasa ke semasa bagi memastikan pengunjung yang hadir mendapat pengalaman baharu dan menarik.
“Pengenalan filem baharu ini merupakan permulaan kepada banyak lagi tarikan yang akan datang tahun ini termasuklah Sea Life Malaysia yang dijangka akan dibuka April ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran filem Lego City 4D Movie – Officer in Pursuit yang di taman tema itu di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE










