CARACAS 24 Jan. – Sekurang-kurangnya 13 orang maut dalam tempoh dua hari tunjuk perasaan menentang pentadbiran Presiden Venezuela, Nicolas Maduro.
Menurut pihak berkuasa, kebanyakan mangsa maut akibat kecederaan terkena peluru di sekitar ibu kota dan beberapa bahagian lain di seluruh negara. – AFP










