Pemain, staf JDT dapat 
jam Rolex - Utusan Malaysia

Pemain, staf JDT dapat 
jam Rolex

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBAGAI tanda penghargaan kepada dedikasi pemain serta staf dalam menjadikan Johor Darul Ta’zim (JDT) kelab terbaik di Malaysia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menghadiah­kan jam tangan Rolex buat mereka.

Facebook JOHOR Southern Tigers (JST) semalam memuatkan naik gambar keterujaan pemain skuad Harimau Selatan menerima hadiah masing-masing di sebuah butik jam tangan mewah itu.

Turut hadir pengurus dan ketua jurulatih, Luciano Figueroa dan pemain Aidil Zafuan Abd Radzak, La’Vere Corbin-Ong, Fadhli Shas, Syafiq Ahmad serta Kiko Insa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sejak Tunku Ismail mengambil alih JDT pada 2013, mereka muncul kuasa besar bola sepak negara dengan merangkul lima gelaran Liga Super berturut-turut, selain Piala AFC 2015, Piala Malaysia 2017 serta Piala FA 2016.

Jika harga seutas jam ta­ngan Rolex paling murah dianggarkan AS$2,000 (RM8,200) berapa agaknya yang dibelanjakan Tunku Ismail untuk pemain serta staf pasukan itu?.

Sementara itu, Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu menyuarakan keterujaan untuk menghadapi musim baharu Liga Malaysia selepas melihat aksi pramusim yang memberangsangkan.

“Musim ini, saya sangat te­ruja dan tidak pernah segembira ini melihat ‘energy’ yang ditunjukkan pemain, gaya permainan dan intensiti mereka,” katanya kepada JST.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini