Padah tidak tunggu ibu jemput pulang - Utusan Malaysia

Padah tidak tunggu ibu jemput pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 23 JAN. – HANYA kerana ingin memberi kejutan kedua ibu bapa mereka, seorang kanak-kanak nyaris kehilangan beberapa jarinya selepas dia dan seorang lagi rakannya keluar daripada sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di Siberia, Rusia tanpa pengetahuan guru mereka semasa cuaca sejuk melampau sehingga negatif 45 darjah Celsius di Siberia, Rusia kelmarin.

BBC melaporkan, tindakan nekad Lena dan rakannya yang kedua-duanya berusia lima tahun itu mengakibatkan beberapa jari Lena reput akibat radang dingin (frostbite) selepas mereka sesat semasa dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Yakutsk.

Tindakan mereka itu tidak disedari guru atau pegawai pusat penjagaan berkenaan sehingga mereka memeriksa rakaman litar kamera tertutup (CCTV) selepas ibu kepada Lena, Evdokia Kutukova menye­dari anaknya hilang ketika datang menjemputnya.

Dalam rakaman CCTV itu, kedua-dua kanak-kanak yang memegang patung permainan keluar dari pusat penjagaan kanak-kanak berkenaan tanpa memakai sarung tangan.

Bagaimanapun tidak lama kemudian, Kutukova menerima panggilan daripada datuknya bahawa anaknya telah pulang ke rumah dalam kea­daan takut dan menangis akibat kesejukan melampau.

Kutukova memberitahu, Lena kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital kerana tiga daripada jarinya reput akibat radang dingin itu disebabkan cuaca sejuk melam­pau.

“Lena meraung kesakitan akibat jarinya yang membeku,” katanya kepada Siberian Times di sini semalam.

Kira-kira satu jam kemudian, seorang lagi kanak-kanak yang hilang juga ditemui dan dibawa ke rumah perlindungan berhampiran rumahnya.

“Nasib baik, meskipun tersalah masuk rumah orang, kanak-kanak itu selamat tanpa sebarang radang dingin,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×