Lelaki putuskan pertunangan dengan pesakit kanser - Utusan Malaysia

Lelaki putuskan pertunangan dengan pesakit kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YORK, Britain – Seorang penghidap kanser otak patah hati selepas tunangnya menghantar mesej memutuskan hubungan melalui Facebook, seminggu sebelum mereka dijadualkan berkahwin.

Emily Nicholson, 24, berpindah ke Australia pada tahun 2012 untuk mengejar kerjaya sebagai model sambilan sebelum menerima khabar buruk menghidap kanser otak pada Februari 2016.

Wanita itu diberitahu pada tahun 2017 bahawa dia mempunyai masa setahun untuk hidup dan merancang untuk berkahwin.

Bagaimanapun, tunangnya, Jamie Smith, 24, tiba-tiba mengubah fikiran beberapa hari sebelum majlis perkahwinan mereka diadakan pada Mac 2017.

Emily kembali ke Britain bersama keluarganya pada bulan Julai tahun yang sama dan kini masih bertahan walaupun telah melangkaui jangka hayat diberikan doktor.

Keluarganya telah membuka akaun memohon derma dalam laman web GoFundMe untuk mendapatkan dana £30,000 (RM160,000) bagi mencuba rawatan vaksin imunoterapi baharu untuk kanser tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×