Najib sindir PH kenapa sembilan bulan tak beranak lagi - Utusan Malaysia

Najib sindir PH kenapa sembilan bulan tak beranak lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 23 Jan. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberikan sindiran pedas kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) apabila mempersoalkan janji manifesto dengan menggunakan analogi ‘bila hendak beranak?

Sehubungan itu  beliau  mengingatkan pengundi di Cameron Highlands  supaya tidak ‘dikencing’ kali kedua oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang jelas gagal menunaikan manifestonya sehingga ke hari ini.

“Kita faham bahawa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)  lalu ramai  merasakan terpedaya atau tertipu dengan  janji-janji manis.

“Kalau katanya takkanlah hari ini kahwin esok hendak dapat anak tetapi  sekarang  sudah swmbilan bulan anak tak nampak-nampak. takkan hendak tunggu 18 bulan?,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×